Wednesday, December 23, 2009

Semalam adalah sejarah yang tidak boleh dipindah,


Esok adalah khayalan yang tidak nyata,


Hari ni kenyataan dan penentu siapa kita dimasa hadapan..


Tiada manusia yang sempurna/baik yang tidak mempunyai masa silam, Tiada manusia yang berdosa/jahat yang tidak mempunyai masa depan...






- Muka baik ja semua2 kn..'baaaguss....'
- Inovasi ya kawan2...
- Haa, ingat tu..jangan main2 :)

Sunday, November 29, 2009

Langit tidak selalu cerah :)

...sememangnya setiap manusia inginkan kesempurnaan, kesejahteraan, kebahagiaan dan keamanan. Namun, semua itu tidak akan kita capai tanpa hadirnya dugaan..

Kadang kala..kita akan berhadapan dengan satu situasi yang tidak kita ingini. Mungkin inilah yang dinamakan sebagai 'masalah'...bencinya dengan perkataan 'masalah', seolah-olah sesuatu yang tidak kena, tak sesuai, abnormal, abstrak la mungkin. Tapi tanpa masalah siapalah kita..someone told me, "orang yg tiada masalah tu lagi la bermasalah.." huhuuu. Kuatkan hati, hari ini pasti akan berlalu dan semoga hari esok lebih baik dari hari ni. Yakin Boleh Ba!!!

Tuesday, November 17, 2009

The Challenge Of Life is To Overcome

Today I learn something...meaning of real life, not as easy as expected...real life claim many matters and responsibility...thought to retire from this arena..however, I not want to be known as a defeated..

For all of you my dear..think, insight!!!

The Challenge Of Life is To Overcome..and you'll never know how Strong you are, untill being strong is the only choice you have left..

KIBLATKU...

Sejauh mana pun ku lari
Menggapai hasrat yang terpendam
Biar berkali rebah ku bangun
Walau payah
Kuhimpun kudrat dan harapan
Mengiringi azam yang usang
Sinar seakan pudar

Bila terbit sang suria
Begitulah semangat tegar
Meskipun musim kan silih berganti
Ku terus melangkah
Daku gagahi
Mencari arah
Oh Tuhan
Sinarilah kiblatku

Keringat diteman embunan
Kicau unggas turut berdoa
Purnama bagai tenangkan perang
Di dalam hati
Kuhimpun kudrat dan harapan
Mengiringi azam yang usang
Sinar seakan pudar

Kala sujud ku ada kesyukuran
Dalam mimpi ada sedih
Menghantui andai ku alpa
Langit kejayaan ku
Berkiblat pada Mu
Hanya satu...

Thursday, November 12, 2009

Disini ku bermula...

Tujuh Pahala...

Dari Anas r.a. berkata bahawa ada tujuh macam pahala yang dapat diterima seseorang itu selepas matinya.
1. Sesiapa yang mendirikan masjid maka ia tetap pahalanya selagi masjid itu digunakan oleh orang untuk beramal ibadat di dalamnya.
2. Sesiapa yang mengalirkan air sungai selagi ada orang yang minum daripadanya.
3. Sesiapa yang menulis mushaf ia akan mendapat pahala selagi ada orang yang membacanya.
4. Orang yang menggali perigi selagi ada orang yang menggunakannya.
5. Sesiapa yang menanam tanam-tanaman selagi ada yang memakannya baik dari manusia atau burung.
6. Mereka yang mengajarkan ilmu yang berguna selama ia diamalkan oleh orang yang mempelajarinya.
7. Orang yang meninggalkan anak yang soleh yang mana ianya selalu mendoakan kedua orang tuanya dan beristighfar baginya yakni anak yang selalu diajarkan ilmu Al-Qur’an maka orang yang mengajarnya akan mendapat pahala selagi anak itu mengamalkan ajaran-ajarannya tanpa mengurangi pahala anak itu sendiri.

Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. telah bersabda : “Apabila telah mati anak Adam itu, maka terhentilah amalnya melainkan tiga macam :

1. Sedekah yang berjalan terus (Sedekah Amal Jariah)
2. Ilmu yang berguna dan diamalkan.
3. Anak yang soleh yang mendoakan baik baginya.

Moral of the story...

Sedar ka kita?? betapa mudahnya mendapatkan pahala..tuhan telah menunjukkan jalan, tapi kita tetap memejamkan mata..memilih sesuatu yang di luar kemampuan kita..
Pilihan ada pada kita...hanya menuntut ketabahan dan keyakinan yang tinggi, yang semestinya menentukan kejayaan yang hakiki.

Success will determine happiness

Wednesday, November 11, 2009

The Nature Of Life is To Change

09 november 11


Di sini ku bermula....

Terfikir untuk melakukan sesuatu bagi mengisi masa lapang ku..
Agak sukar memulakan langkah...tapi mesti terus mencuba...

Never say die, before u try...